Wanita adalah kecantikan dan keindahan. Wanita adalah anugerah Tuhan kepada para pentadbir alam. Untuk itu, kita kaum wanita perlu sentiasa menjaga kecantikan diri, walau usia kita semakin meningkat. Usia bukan penghalang untuk kelihatan ayu dan cantik. Jagailah kecantikan dan kewanitaan kita agar dunia ini sentiasa segar dan mekar!!
Posted by hanizah on May 28th, 2007
Selepas Kak Nizah membeli Pakej Memiliki Blog Sendiri ni,Kak Nizah telah diberikan satu Blog yang dah siap untuk diguna pakai. Kak Nizah tak perlu nak belajar perkara yang dalam-dalam mengenai Blog pun. Budak umur 12 tahun pun boleh kendalikannya. Bila Kak Nizah bayar, Kak Nizah terus dah dapat Blog yang dah siap dengan nama Kak Nizah. Dari situlah lahirnya www.hanizahhjramlee.com. Kak Nizah hanya perlu belajar cara upload artikel sahaja. Itu pun kalau tak faham, boleh tanya dengan ZakariaMohamad . Kemudian Kak Nizah daftar sebagai agen tujuan untuk membantu kawan-kawan yang lain dapat memiliki pakej yang serupa ini. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Kak Nizah Segera. Walaupun pakej ini akan di LANCARKAN pada 1hb. Jun 2007 nanti, pendaftaran dibuka dari sekarang. Sekiranya berminat nak jadi agen, boleh juga daftar sekarang. Anda akan dibekalkan gambar “ebook” ini dengan gambar anda tertera diatasnya. Hubungi Kak Nizah segera!
Posted by hanizah on May 21st, 2007
Semua insan impikan kebahagiaan. Semua insan, terutama kaum wanita impikan sebuah keluarga yang bahagia, harmoni dan damai. Namun, tidak semua orang berjaya mengapainya. Ramai wanita gagal membina dan memiliki sebuah keluarga bahagia yang diimpikan. Ibu bernasib baik dan amat bersyukur kepada ilahi kerana dianugerahkan sebuah keluarga yang diidamkan. Maka itulah diantara sebab ibu melahirkan Blog ini, agar ibu dapat berinteraksi dan membantu mana-mana insan yang memerlukan sokongan moral dan semangat dari ibu. Sebagai memulakan salam perkenalan dan silaturrahim dengan puan-puan di luar sana.. Read the rest of this entry »
Posted by hanizah on May 3rd, 2007
Salam,
Semalam ibu berpeluang pergi ke suatu majlis makan malam ‘berprestasi tinggi’. Maksudnya ramai orang kenamaan yang hadir dengan pelbagai gaya dan ragam mereka. Majlis tu diadakan disebuah hotel ternama. Para tetamu telah datang dengan pelbagai jenis kereta mewah. Kereta menjalar didepan lobi hotel, dan seorang demi seorang Datin dan Toh Puan melangkah turun, diiringi ke dewan makan. Mereka penuh bergaya. Berfesyen sakan!. Yang menariknya ibu nak cerita ni ialah, semasa makan, tiba-tiba salah seorang dari tetamu bercakap dan bertanyakan set barang kemas yang dipakai oleh seorang Mak Datin. Mak Datin tu.. tidak mahu bercerita panjang, kerana sebenarnya, barangan kemas yang dipakainya itu bukan barangan asli. Ianya hanya barangan kemas ‘gold plated’ sama seperti yang ibu pakai. Apabila ibu menunjukkan barangan yang ibu pakai, masing-masing kehairanan, kerana mereka tidak menyangka apa yang kami pakai adalah barangan ‘gold plated. Nampak cantik dan bergaya, tetapi kalau hilang atau kena ragut pun taklah terkilan sangat.. kata Mak Datin di sebelah ibu. Memang benar, barangan ‘gold plated’ sekarang langsung tak boleh dibezakan dengan barangan emas asli!.
Posted by hanizah on May 2nd, 2007

Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, 45 telah selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 dalam upacara penuh adat istiadat Raja Melayu di Balairung Seri, Istana Negara semalam. Sebaik sahaja Seri Paduka melafazkan ikrar sebagai Ketua Negara, semua yang hadir berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” tiga kali diketuai oleh Datuk Maharaja Lela Tengku Farouk Tengku Jalil. Semoga Malaysia dan Terengganu akan bertambah aman dibawah kepimpinan Tuanku.
Posted by hanizah on April 27th, 2007
Ibu rasa sungguh seronok sejak ada Blog sendiri ni.. Hari hari dok teringat nak tulis apa kat Blog ni… Tetapi alhamdulillah atas dorongan dan sokongan keluarga, ibu akan terus menulis di Blog ibu ni sebaik-baiknya. Pada mulanya gayat juga bila dah ada Blog sendiri, atas nama sendiri pula tu…(www.hanizahhjramlee.com). Sebenarnya ada banyak cara untuk kita buat Blog free. Kita boleh buat kat myblog atau blogspot. Tapi untuk jangka panjang bahaya jugak. Maklumlah kita tumpang kat orang. Mereka boleh halang atau delete bila-bila masa. Lepas tu, baru rasa menyesal, kerana apa yang kita tulis hilang begitu aje. Kerana tu lah, ibu minta pertolongan dengan EnZakaria/Farhan agar membantu ibu menyiap dan membimbing ibu menguruskan Blog ini. Pada mulanya, ibu tak tahu apa pun tentang Blog. Kini, alhamdulillah… faham le juga!. Ibu sarankan pada kawan-kawan, cara ni lagi mudah, selamat dan jimat. Kita cuma keluar belanja sikit, kira2 RM 300.00 . Segalanya beres. Siap untuk kita mulakan berbelog.
Posted by hanizah on April 24th, 2007
Syukur alhamdulillah, atas dorongan suami dan anak-anak, berjaya juga ibu memiliki Blog sendiri. Melalui Blog ini dapatlah anda, rakan kenalan dan klien berhubung dengan ibu dengan lebih mudah menggunakan teknologi internet. Ibu sedar, bahawa dengan perkembangan dunia yang semakin mencabar sekarang, telah memberi impak secara langsung kepada kehidupan berkeluarga. Nilai-nilai budaya timur telah terhakis. Keharmonian rumah tangga menjadi semakin pudar. Malah, sudah ramai yang terperangkap dalam situasi gawat ini, dengan ramai yang terlibat dalam kes cubaan membunuh diri, lari dari rumah, penipuan, rogol, gejala dadah, mat rempit, bohsia-bohjah dan berbagai lagi. Read the rest of this entry »
Posted by hanizah on April 20th, 2007